Loading...
Cloud Document Generation2018-11-02T16:54:20+00:00

Apa itu WebMerge?

WebMerge adalah penyelesaian penciptaan dokumen yang membolehkan perniagaan menjana pelbagai dokumen yang kompleks dengan mudah. Dokumen yang berpiksel sempurna boleh diwujudkan termasuklah format seperti Microsoft Word, Excel, dan PowerPoint; Adobe Acrobat dan PDF; dan e-mel HTML.

Dengan memintas keperluan kuno untuk input manual dan rekabentuk, dokumenyang dicipta pasti akan teguh, profesional dan bebas dari ralat.

Dengan bantuan WebMerge, anda akan dapat menghasilkan dokumendan persembahan canggih dalam masa sekejap sahaja.

Ciri-ciri dan faedah

Sebagai salah satu daripada aplikasi penjanaan dokumen tersedia paling popular, WebMerge dilengkapi dengan manfaat untuk membantu perniagaan anda. Pertama dan yang terpenting adalah reka bentuk intuitifnya dan fungsi yang mesra pengguna. Tidak kira apa tahap kehebatan teknikal anda, anda akan dengan cepat dapat belajar bagaimana WebMerge bekerja dan akan dapat menghasilkan dokumen dan mengimport / mengeksport data dari Salesforcedalammasa yang singkat.

Keduanya, WebMerge menjadikan ia mudah untuk membuat dokumencanggih dengan hanya ‘menarik’ maklumat yang relevan dari Salesforce. Dokumen boleh termasuk spreadsheet Excel, risalah, kontrak, PDF, emel ataupun borang. Ini akan membantu menjimatkan banyak masa membuat format dan juga akan mengurangkan kemungkinan kesilapan manusia dengan ketara.

Akhirnya, fungsi automasi WebMerge juga bermakna bahawa anda tidak perlu lagi mengulangi tugas-tugas yang sama berulang-ulang kali. Dalam usaha untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan, kini anda mempunyai keupayaan untuk menjadualkan tugas dan operasi yang dijalankan secara tetap seperti helaian masa pekerja atau kontrak.

Penyelesaian Cloud Industry

icon

Bekerja bersama-sama dengan syarikat anda, kakitangan Cloud Industryyang bersemangat akan membantu anda menyediakan, mengekalkan dan mengintegrasikan WebMerge ke dalam aliran kerja anda yang sedia ada. Bermula dengan penyediaan templat, pasukan kami akan menyusun templat WebMerge yang diperlukan dan mengintegrasikannya ke dalam antara muka CRM anda. Kami juga akan menyediakan integrasi penuh untuk proses dokumen dan jualan anda, seterusnya membantu menghapuskan beberapa proses rumit berkaitan kerja harian anda.

icon

Pasukan pakar kami juga ada menyediakan pelbagai perkhidmatan lain seperti integrasi Docusign dan sokongan Mail Merge. Perkhidmatan integrasi tersebut akan membantu untuk meningkatkan kecekapan perniagaan anda dan memastikan anda dapat menggunakan setiap satu daripada pelbagai penyelesaian ke tahap potensi maksimumnya. Akhirnya, pasukan sokongan Cloud Industryboleh dihubungi melalui telefon dan e-mel bagi apa-apa sokongan berterusan yang mungkin diperlukan.