Loading...
Cloud Storage2018-11-02T16:47:43+00:00

Penstoran Awan

Digunakan secara meluas oleh kedua-dua perniagaan dan individudi seluruh dunia, penstoran awan adalah alat yang direka untuk membantu anda mengurus, menyimpan dan mengaksesdata dengan mudah melalui satu rangkaian yang selamat. Data tersimpan awan anda secara amnya diakses melalui internet yang bermaksud ianya boleh diurus, diambil dan disandar dari jauh.

Dianggap sebagai’platform kandungan untuk era digital’, pembekal penstoran awan menggunakan teknik penyulitan dan pengesahan bagi memastikan perkhidmatan yang selamat dan teguh untuk klien mereka.

Bergantung kepada apa yang anda mahu dari sistem storan awan anda, biasanya terdapat tiga model reka bentuk utama penstoran berasaskan awan untuk dipilih: awam, persendirian dan hibrid.

Kenapa pilih kami?

Box dikira salah satu platform pengurusan kandungan yang terkemuka di dunia. Dengan keupayaan untuk menyelesaikan cabaran-cabaran yang kompleks, menyampaikan proses perniagaan seharian atau hanya mengekalkan data, Box sentiasa satu langkah di hadapan pembekal penstoran awan lain. Dengan bekerjasama dengan Box, Cloud Industrymenawarkan penstoran kelas perusahaan –bererti data anda akan selamat, tersusun dengan baik dan tersedia 24/7. Kami juga sentiasa mengkaji semula keperluan Box anda untuk memastikan penjajaran lancar dengan keperluan perniagaan anda.

Ahli pasukan profesional kami telah menjalani pelbagai latihan untuk memastikan mereka mampu untuk menyediakan sistem anda sejajar dengan keperluan semasa dan masa depan. Majoriti kakitangan dalam pasukan Cloud Industryjuga memegang sijil Box rasmi, menonjolkan komitmen jangka panjang dan kefahaman tentang penstoran awan Box.

Bagaimana box.com boleh menyelaraskan proses perniagaan anda?

icon

Box dikenali di seluruh dunia sebagai platform pengurusan kandungan perusahaan yang mudah untuk digunakan, selamat, dan mudah dikongsi. Ia menjadikan kerjasama antara rakan-rakan dan pihak yang berkepentingan begitu mudah, menyediakan keupayaan untuk bekerja dengan orang lain pada bila-bila masa dan dari mana-mana sahaja. Tidak kira sama ada ia adalah spreadsheet, dokumen atau persembahan, penstoran awan Box membolehkan anda menjana kerja dan kongsikannya dengan rakan-rakan dalam hanya beberapa minit.

icon

Akhirnya, box.com akan meningkatkan keupayaan semasa pengurusan kandungan anda, dan bererti meningkatkan keberkesanan dan memudahkan kerja. Mencipta, mengedit dan mengedarkan fail boleh dilakukan dengan selamat, keselamatan terjaga dan cepat. Disokong oleh kedua-dua platfom web dan mudah alih, box.com berada di hujung jari anda dan tersedia pada bila-bila masa anda memerlukannya.